2. Diploma Profesional
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dan memiliki pengalaman kerja 2 tahun dalam bidang berkaitan. Atau
b. Lain-lain kelayakan akademik dengan pengalaman kerja bergantung kepada kelulusan Senat Universiti Malaysia Pahang. Atau
c. Lulus Pensijilan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). Atau
d. Lulus Pensijilan ROPE-UMP Kompeten
3. Bacelor Eksekutif
a. Lulus Diploma / Diploma Eksekutif / Diploma Profesional dari mana-mana IPT Malaysia dan memiliki pengalaman kerja 3 tahun dalam bidang berkaitan. Atau
b. Lain-lain kelayakan akademik dengan pengalaman kerja bergantung kepada kelulusan Senat UMP. Atau
c. Lulus Pensijilan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). Atau
d. Lulus Pensijilan ROPE-UMP Kompeten
4. Master Eksekutif
a. Lulus Diploma / Diploma Eksekutif / Diploma Profesional dari mana-mana IPT Malaysia / Setaraf dan memiliki pengalaman kerja minimum 3 tahun sebagai Eksekutif dalam bidang berkaitan dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Atau
b. Lulus Sarjana Muda / Bacelor Eksekutif dari mana-mana IPT Malaysia dan memiliki pengalaman kerja 3 tahun dalam bidang berkaitan. Atau
c. Lain-lain kelayakan akademik dengan pengalaman kerja bergantung kepada kelulusan Senat UMP. Atau
d. Lulus Pensijilan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). Atau
e. Lulus Pensijilan ROPE-UMP Kompeten
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK PSH
SENARAI DOKUMEN PERMOHONAN MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN AKADEMIK (PROFESIONAL / EKSEKUTIF)
1. BORANG PERMOHONAN
1.1 Setiap calon perlu mengemukakan borang permohonan yang lengkap.
1.2 Bagi permohonan yang tidak lengkap, ianya tidak akan diproses.
2. GAMBAR PEMOHON
2.1 Memuatnaik gambar berukuran passport berlatar belakang biru dan formal.
2.2 Memakai kemeja berkolar dan berambut pendek bagi pelajar lelaki.
2.3 Berpakaian kemas dan sopan bagi pelajar perempuan.
3. DOKUMEN PENGENALAN DIRI
Memuatnaik salinan kad pengenalan/pasport/lesen memandu.
4. SIJIL AKADEMIK
Memuatnaik salinan sijil - sijil akademik dan transkrip mengikut peringkat pengajian yang dipohon.
5. PENGESAHAN MAJIKAN
5.1 Memuatnaik surat pengesahan majikan yang menggunakan letterhead asal syarikat.
5.2 Bagi surat pengesahan majikan tanpa letterhead syarikat, pemohon perlu mendapatkan pengesahan
majikan (tandatangan dan cop syarikat).
5.3 Memuatnaik salinan resume yang telah disahkan oleh majikan (tandatangan dan cop syarikat).
6. NYAHTUNTUT
Program Profesional ini direkabentuk khas untuk peningkatan kerjaya pemohon daripada segi ilmu dan kemahiran di tempat kerja. Ia juga dibangunkan untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan industri.
7. PENGAKUAN (DECLARATION)
Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan semua salinan sijil dan surat akuan yang disertakan bagi menyokong permohonan ini adalah disahkan seperti dikehendaki. Saya mengakui bahawa pihak Universiti berhak menolak permohonan ini atau menarik kembali tawaran pengajian pada bila - bila masa sekiranya terdapat mana - mana keterangan atau salinan dokumen yang dikemukakan adalah tidak benar atau palsu.
Nota : Jika calon tidak memenuhi perkara-perkara yang dinyatakan diPerkara 5.1, 5.2 & 5.3 pihak UMP Advanced tidak akan memproses permohonan tersebut.
No Synopsis Found
Please contact institution for enrollment.
Institution Name: AETC
Institution Phone: 0163640237
Institution Email: admin@executivetraining.com.my